Angkasa mahu lebih ramai wanita dan belia dalam barisan kepimpinan - Utusan Malaysia

Angkasa mahu lebih ramai wanita dan belia dalam barisan kepimpinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELANA JAYA-  Perwakilan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) mahu lebih banyak ruang diberikan kepada koperator wanita dan belia dalam kepimpinan badan koperasi  memandangkan jumlah golongan itu adalah tertinggi.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, Pindaan Undang-Undang Kecil Angkasa bagi tujuan itu telah diluluskan sebelum ini dan kini menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Apabila pindaan undang-undang kecil itu diluluskan nanti maka mereka akan diberikan lebih banyak ruang sekali gus membolehkan Angkasa melantik perwakilan berdasarkan sektor-sektor tertentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini, kami tidak boleh melantik mereka ekoran masih tertakluk kepada peraturan yang lama,”katanya pada pemberita selepas Persidangan Angkasa Peringkat Negeri Selangor di sini tadi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Angkasa, Nasir Khan Yahaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini