BATU PAHAT – Seorang anggota polis ditahan selepas mayat seorang lelaki ditemukan ditanam di belakang rumahnya di Bandar Putera Indah, Tongkang Pechah, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, penemuan pada pukul 5.30 petang itu adalah susulan laporan polis mengenai kehilangan seorang lelaki berusia 37 tahun pada 18 Mac lepas. Laporan polis berhubung kehilangan Zulkifli Musa itu dibuat oleh isterinya setelah lelaki tersebut tidak pulang ke rumah mereka di Kampung Tambak di sini selepas keluar pada pukul 9 malam, katanya dalam kenyataan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya