RAMDIRI, India – Seekor anak kambing betina yang lumpuh kedua-dua kaki hadapan telah belajar berjalan tegak menggunakan kaki belakangnya di sini baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail. Satu rakaman oleh pemiliknya, Lokesh Mishra menunjukkan aksi comel haiwan tersebut mengimbangkan badan ketika berjalan sekitar perkampungan Ramdiri di negeri Bihar di utara India. Mishra memaklumkan kaki hadapan kambing itu lumpuh sejak dilahirkan. “Mulanya kami sudah berputus asa dengannya tetapi kambing itu menunjukkan…










