KUANTAN 7 Mac – Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka) menggesa Jabatan Imigresen supaya mengambil tindakan tegas terhadap majikan di negara ini yang menggajikan pekerja asing secara tidak sah. Presiden Peka, Datuk Zuhairi Ab. Kadir berkata, sikap tidak bertanggungjawab segelintir majikan yang tidak mahu memperbaharui permit kerja menyebabkan pekerja asing menjadi pendatang asing tanpa izin (PATI). “Mereka (pekerja asing) ini bukannya tahu berhubung undang-undang, hanya majikan yang berhak perbaharui permit mereka.…










