MAPUTO 8 Mac – Seorang wartawan yang ditahan di utara Mozambique disahkan berada dalam keadaan sihat.
Amade Abubacar, yang bekerja untuk stesen televisyen dan radio Comunitaria Nacedje de Macomia ditangkap polis pada Januari lalu atas dakwaan menjalankan aktiviti pengintipan.
Beliau ditahan ketika menjalankan wawancara dan mengambil gambar orang awam yang melarikan diri dari serangan pengganas di sebuah hentian bas, di sini.
Walau bagaimanapun, kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International mendakwa menerima laporan bahawa Amade menerima layanan buruk dan tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan kesihatan ketika dalam tahanan.
Namun kenyataan bertentangan dibuat jurucakap pejabat pendakwaraya awam Mozambique, Amando Wilson yang mengatakan wartawan tersebut sihat dan tidak menerima layanan buruk seperti didakwa.-AFP











