KUALA LUMPUR – Hasrat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membawa pulang gelaran Kejohanan Badminton Seluruh England (All England) musnah apabila tewas 21-11, 14-21, 12-21 kepada wakil Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di perlawanan akhir sebentar tadi. Walaupun tewas, aksi yang ditampilkan Aaron-Wooi Yik wajar dipuji memandangkan kejohanan kali ini merupakan penampilan sulung mereka di All England, namun masih mampu mara ke pentas final. Pada aksi yang berlangsung di Arena…









