Aktiviti seni kraf di PPAS sempena cuti sekolah - Utusan Malaysia

Aktiviti seni kraf di PPAS sempena cuti sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mac – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan pelbagai aktiviti sempena cuti sekolah bermula hari ini hingga 29 Mac.

PELAJAR akan mempelajari aktiviti seni dan kraf dengan membuat corak menggunakan keratan kertas dan penyedut minuman plastik. Pendaftaran adalah percuma. – UTUSAN ONLINE

PPAS dalam laman sosial Facebook memaklumkan, antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seni dan kraf dengan membuat corak menggunakan keratan kertas dan penyedut minuman plastik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aktiviti yang dijalankan terbuka kepada pelajar Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah itu bermula pukul 11 pagi sepanjang minggu ini.

Para pelajar hanya perlu ke PPAS untuk mendaftar kemasukan kerana tempat yang disediakan adalah terhad.

Untuk mengikuti program berkenaan setiap pelajar perlu mendaftar sebagai ahli perpustakaan secara percuma. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini