Aksi menentang Nepal ditangguhkan - Utusan Malaysia

Aksi menentang Nepal ditangguhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan aksi persahabatan Harimau Malaya menentang Nepal yang dijadual di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Mac ini ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan ditentukan kemudian.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata dalam satu kenyataan, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hanya membenarkan dua aksi persahabatan diadakan pada jendela perlawanan antarabangsa dan pihaknya telah membuat rayuan.

“Meskipun mengetahui garis panduan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hanya membenarkan dua aksi persahabatan pada jendela perlawanan antarabangsa, FAM telah membuat rayuan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan badan induk dunia itu bagi meluluskan perlawanan ketiga iaitu menentang Nepal pada 26 Mac.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peluang tampak cerah apabila AFC telah meluluskan perlawanan tersebut pada Rabu lalu, namun semalam, FIFA memaklumkan kepada FAM bahawa aksi tambahan itu tidak diluluskan sebagai perlawanan persahabatan antarabangsa berstatus “A”.

“Menghormati keputusan FIFA itu, FAM dan Persatuan Bolasepak Seluruh Nepal (ANFA) bersetuju untuk menangguhkan aksi tersebut ke satu tarikh baharu semasa jendela perlawanan antarabangsa yang akan datang bagi membolehkan kedua-dua negara menikmati peluang untuk mendapat mata bagi kiraan ranking dunia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini