Aksi Malaysia tetap membanggakan - Utusan Malaysia

Aksi Malaysia tetap membanggakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap berbangga dengan persembahan keseluruhan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee walaupun gagal melayakkan diri ke Kejuaraan AFC bawah 23 (B-23) di Bangkok, tahun depan.

Pengarah Teknikalnya, Peter De Roo berkata, semangat yang ditunjukkan pemain negara dalam tiga perlawanan Kumpulan J, terutama keputusan seri 2-2 menentang pasukan pilihan, China yang dibimbing jurulatih Guus Hiddink pada Selasa, patut dipuji.

“Hasil tidak semestinya dalam kawalan kita. Pada hakikatnya, persembahan kita, terutama menentang China adalah baik. Kita tidak boleh meminta lebih banyak dan patut bangga dengan cara mereka bermain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sungguh mengecewakan kita tidak diberi tempat untuk pusingan akhir tahun depan kerana ia akan menjadi satu lagi peluang hebat untuk pemain-pemain kami mendapatkan pendedahan dan cabaran terbaik.

“Malah Hiddink beritahu saya selepas perlawanan yang kami berhak berada di sana da ia sesuatu yang mengecewakan kami tidak layak. Dia kagum dengan persembahan kami,” kata De Roo.

Malaysia melengkapkan pusingan kelayakan di tempat kedua kumpulan dengan kemenangan ke atas Filipina 3-0 and Laos (1-0) untuk berkongsi tujuh mata dengan China yang menjadi juara kumpulan menerusi perbezaan jumah gol.

Bagaimanapun, impian memasuki final yang dijadualkan di Bangkok tahun depan berkecai apabila Malaysia gagal mencari slot dalam kumpulan empat tempat kedua terbaik untuk menyertai 12 pasukan lain.

Kegagalan itu juga menafikan peluang tunggal Malaysia untuk layak ke Olimpik 2020 di Tokyo.

Tentang sesetengah pihak yang meremehkan pasukan dan FAM kerana kegagalan itu, De Roo menyifatkan mereka sebagai orang yang tidak tahu mengenai bola sepak dan tidak mengikuti perkembangan pasukan sepanjang kempen.

Beliau menggesa semua pihak tidak terus meratapi kegagalan ini dan sentiasa berada di belakang pasukan dalam persiapan mereka untuk Sukan SEA 2019 di Filipina, akhir tahun ini.

“Walaupun misi untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 yang terkandung dalam FAM Roadmap (F: 30), prestasi pasukan kebangsaan dan kemajuan yang jelas di lapangan, kita tidak boleh terus menganggap bahawa F: 30 telah gagal kerana ia peta jangka panjang untuk tempoh dari 2019 hingga 2030.

“FAM akan memastikan perancangan dan persiapan yang lebih ketat bagi memastikan skuad muda akan lebih kompetitif dalam pusingan kelayakan kejuaraan AFC U-23 pada pusingan 2024 untuk mengikuti misi kami untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 akan datang di Paris,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini