Ajax mahu ambil kesempatan ketiadaan Ramos - Utusan Malaysia

Ajax mahu ambil kesempatan ketiadaan Ramos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 5 Mac – Ajax berharap untuk mengambil kesempatan terhadap ketiadaan Sergio Ramos untuk menundukkan Real Madrid dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Ramos yang juga kapten Madrid digantung perlawanan kerana kad kuning terkumpul dalam saingan itu.

“Ramos adalah bos di atas padang dan pertahan Madrid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketiadaannya jelas mengganggu taktikal dan memberi kesan kepada mental pasukan. Ketiadaannya jelas akan dirasai Madrid.

“Pasukan ini tidak akan menjadi sebaik ketika Ramos bersama mereka,” kata pengendali Ajax, Erik ten Hag.

Nacho Fernandez dijangka menggantikan Ramos di posisi pertahanan tengah dan akan bergandingan bersama Raphael Varane.

Ramos juga akan terlepas aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara sekiranya Madrid menang ke atas Ajax selepas UEFA mengenakan tindakan tambahan kepada pertahanan Sepanyol yang sengaja melakukan provokasi untuk mendapatkan kad kuning bagi membolehkannya beraksi dalam perlawanan itu.

Ajax yang bermain dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara bukan kali pertama sejak 2006 memerlukan sekurang-kurangnya dua gol selepas tewas 1-2 di laman sendiri pada aksi pertama dan kejayaan ke atas Madrid membolehkan mereka beraksi di suku akhir buat kali pertama sejak 2003.

“Matlamat kami adalah sama, untuk menjaringkan gol. Ini adalah Ajax, kami tidak peduli siapa lawan kami.

“Saya menjangkakan Madrid yang juga juara bertahan tiga kali akan lebih bermotivasi kerana Liga Juara-Juara adalah satu-satunya peluang realistik untuk mereka menjadi juara,” kata Ten Hag.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini