KUALA LANGAT – Seorang operator kilang maut ketika pulang ke rumah selepas motosikal ditunggangi merempuh konkrit penghadang jalan di Jalan Batu 9, Kebun Baru, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 petang itu, Wan Firdaus Ramzul Khairi, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y150 dalam…










