KUALA LUMPUR – Pelakon Aidil Aziz menjemput seramai 5,000 tetamu termasuk kaum keluarga, rakan-rakan serta wakil media bagi meraikan majlis resepsi perkahwinannya bersama Fasha Sandha. Aidil, 32, memberitahu persiapan majlis resepsi belah pengantin lelaki yang akan diadakan pada 6 April nanti di kampung halamannya di Rembau, Negeri Sembilan sudah pun siap sebanyak lebih 50 peratus. “Keluarga saya memang ramai, jadi inilah masa yang sesuai untuk jemput semua. Biarpun saya tahu…









