Ahmad Yusoff direhatkan - Utusan Malaysia

Ahmad Yusoff direhatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Mac – Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) membuat keputusan drastik apabila merehatkan ketua jurulatihnya, Ahmad Yusoff serta-merta pada hari ini ekoran skuad Harimau Kumbang berdepan masalah prestasi dalam mengharungi Liga Perdana musim ini.

KENYATAAN rasmi FAP selepas merehatkan ketua jurulatih Pulau Pinang, Ahmad Yusoff. – FB FAP

Selepas lima aksi liga, Pulau Pinang sekadar mencatat satu kemenangan seri sekali dan selebihnya kalah dan itu menyebabkan mereka berada di tangga kesembilan Liga Perdana.

Itu menjadikan Ahmad menjadi jurulaith ketiga direhatkan pada musim ini selepas Mohd. Fauzi Pilus dari PDRM dan Mohd. Farhan Abdullah (Sarawak) juga dikenakan tindakan yang sama oleh pengurusan pasukan masing-masing.

“FAP telah mengadakan satu mesyuarat khas tengahari tadi bagi membincangkan prestasi semasa pasukan Liga Perdana iaitu Pulau Pinang dan telah sebulat suara bersetuju membuat keputusan bahawa ketua jurulatih, Ahmad Yusoff direhatkan serta-merta.

“Keputusan drastik ini diambil setelah menilai kesemua aspek prestasi semasa dan demi memperbaiki cabaran pasukan di dalam baki saingan Liga Perdana 2019.

“Ahmad Yusoff telah dimaklumkan berkenaan keputusan ini,” kata FAP dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN