Ahli Parlimen Sandakan, Sabah meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Sandakan, Sabah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Seorang ahli sayap Wanita DAP Sabah memberitahu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) Tien Fatt, 64, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu selepas dimasukkan ke hospital itu apabila mengadu sakit dada ketika menyertai aktiviti mendaki bukit.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal turut hadir di hospital berkenaan pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mendiang memulakan pendakian kira-kira 6.30 pagi tadi bersama sekumpulan pendaki di Tambaig Adventure Park, Kampung Duvanson, Putatan dekat Kota Kinabalu.

Tien Fatt, yang juga Pengerusi DAP Negeri, merupakan anggota Parlimen Sandakan selama dua penggal dan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri dilantik bagi menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat pada Mei lalu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini