KUALA LUMPUR 13 Mac – Sesi soal jawab Sidang Dewan Rakyat sememangnya menjadi medan untuk ahli Parlimen mendapatkan penjelasan daripada wakil kerajaan berkenaan program-program yang telah dijalankan. Namun, ahli Parlimen haruslah membuat kajian dan penyelidikan secukupnya sebelum mengemukakan soalan supaya tidak tersalah fakta. Begitu penegasan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) dalam sesi soal…










