KUALA TERENGGANU 7 Mac – Tindakan Lim Guan Eng yang ‘panas’ di sebalik kerjasama UMNO dan Pas menimbulkan persoalan adakah Setiausaha Agung DAP itu sebenarnya yang sedang ‘mengisytiharkan perang’ terhadap orang Melayu. Ketua Penerangan Pas negeri, Mohd. Nor Hamzah pelik bagaimana Guan Eng boleh mendakwa penyatuan ummah kedua-dua parti Melayu itu sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan Melayu, sedangkan, UMNO dan Pas tidak melakukan sebarang bentuk serangan terhadap…










