JAKARTA 30 Mac – Calon Presiden (capres) nombor satu, Joko Widodo atau Jokowi dilaporkan ke Badan Pengawas Pemilu (Bawaslu) kerana membuat kenyataan berbentuk provokatif. Menurut Kompas.com, laporan itu dibuat oleh Advokat Cinta Tanah Air (ACTA) yang mendakwa Jokowi mengeluarkan kenyataan provokatif dengan mengajak pengundi untuk mengundi di pusat pengundian sambil memakai baju berwarna putih. “Perbuatan Jokowi sebagai capres, yang dalam kempennya telah mengeluarkan kenyataan berbentuk provokatif dan perkara itu tidak boleh dibenarkan serta berpotensi melanggar peraturan kempen,” kata Penyelaras ACTA, Mujahir menerusi kenyataan dikeluarkan semalam. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya