LANGKAWI 6 Mac – Ibu kandung kepada Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, yang ditemukan mati dipercayai dibunuh sudah diberitahu secara ‘tidak sengaja’ oleh salah seorang anak suspek bahawa kanak-kanak itu sudah meninggal dunia. Bagaimanapun, Rosmaliah Semo, 32, berkata, ketika ditanya semula keesokan harinya, kanak-kanak itu memberitahu pula Nur Aisyah Aleya sebenarnya sudah diberikan kepada orang lain. “Pada 23 Februari lalu, saya pergi ke rumah mereka dan tanya salah seorang anak…










