5 Oktober diisytihar Hari Warga Akademia SeMalaysia - Utusan Malaysia

5 Oktober diisytihar Hari Warga Akademia SeMalaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Tanggal 5 Oktober setiap tahun dijadikan Hari Warga Akademia SeMalaysia bagi mengiktiraf jasa dan sebagai tanda penghargaan kepada pensyarah selaku warga pendidik di negara ini.

 Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, sambutan itu akan bermula tahun ini dan akan disambut  di seluruh negara  

“Tadi kita ada pertemuan di bandar Tawau bersama wakil kakitangan akademik universiti dan kita bersetuju untuk menjadikan 5 Oktober ini sebagai Hari Warga Akademia SeMalaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita biasanya ada Hari Guru tetapi hari (untuk) pensyarah tiada, jadi mereka (wakil universiti) berbincang dan meminta agar dijadikan satu hari warga akademia (pensyarah),” katanya kepada pemberita di sini.

Maszlee berkata, tarikh 5 Oktober dipilih kerana ia bersempena Hari Guru Sedunia UNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Di Malaysia, tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh itu dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu  telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran  sebagai dasar pelajaran negara. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini