5 maut kereta bertembung bas ekspres di Raub - Utusan Malaysia

5 maut kereta bertembung bas ekspres di Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB 28 Mac – Lima orang maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 325 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di sini awal pagi ini.

Mangsa yang maut ialah Mohd. Sajury Abdullah, 63; Sobariah Haron, 64; Muhammad Faezuan Nor Izuddin, 27; Nur Ilham Najwa Rahimi, 20, dan Uwais AlQurney Abdullah, 6.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu berlaku ketika kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah bas ekspres.

“Kejadian mengakibatkan lima mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu serta beberapa penumpang bas ekpres mengalami kecederaan ringan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini