RANTAU PANJANG 8 Mac – Sebanyak 4,000 biji karipap dan 200 biji kuih tepung bungkus milik sepasang suami isteri dari Kampung Sipol, Tok Uban dekat sini musnah selepas rumah mereka terbakar awal pagi tadi. Kebakaran pukul 7.25 pagi itu turut menyebabkan pasangan suami isteri itu, Faridah Mat Zin, 54, dan Wan Omar Wan Samat, 57, serta empat anak tinggal sehelai sepinggang. Malah peralatan membuat kuih bernilai lebih RM50,000 sumbangan Kerajaan persekutuan menerusi Projek Azam Tani turut musnah sekaligus membuatkan mereka hilang mata pencarian. Faridah berkata, sebelum kejadian dia sempat merebus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya