4 pekerja kaunter taman tema air didakwa pecah amanah - Utusan Malaysia

4 pekerja kaunter taman tema air didakwa pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH 18 Mac – Empat pekerja kaunter tiket di taman tema air A’Famosa Resort dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini atas tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan jumlah kerugian RM100,000 pada tahun lalu.

Kesemua tertuduh, Farina Mohd. Yusof, 24; S. Lalitha, 27; Norlina Sulaiman, 35, dan Zainah Jenal, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa secara bersama-sama sebagai jurukaunter tiket taman tema air A’Famosa telah membuat cetakan tiket pendua secara berulang kali dan menjual tiket tersebut tanpa pengetahuan serta kebenaran syarikat bernilai RM100,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakan itu dilakukan tertuduh di kaunter tiket taman tema air A’Famosa, Alor Gajah antara 1 hingga 30 April 2018.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda mengikut Sesyen 408 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Zainal mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi setiap tertuduh, namun kesemua wanita itu yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan dengan alasan menanggung ahli keluarga masing-masing.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, Ahmad Sazali membenarkan jaminan sebanyak RM12,000 setiap seorang dan menetapkan tarikh 12 April depan untuk serahan dokumen serta tarikh sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini