31 GRO warga Vietnam ditahan dalam Op Noda - Utusan Malaysia

31 GRO warga Vietnam ditahan dalam Op Noda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis menahan seramai 31 gadis pelayan (GRO) warga VIetnam ketika sedang leka melayan pelanggan dalam satu serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di Jalan Perak di sini lewat malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Turus Bahagian Antimaksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Rohazah Alwi berkata, serbuan dilakukan pihaknya sekitar pukul 12.30 malam berdasarkan maklumat serta hasil risikan yang dilakukan.

“Pusat hiburan tidak berlesen ini didapati telah beroperasi sejak 2017 dan menawarkan wanita warga asing yang berpenampilan ghairah bagi menggoda pelanggan untuk berhibur.

“Semakan yang dilakukan juga mendapati kesemua GRO ini menerima bayaran sekitar RM50 hingga RM100 bagi setiap seorang pelanggan dan mampu mengaut keuntungan mencecah RM500 sehari,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Rohazah, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai pengurus premis dan memeriksa seramai 69 lelaki serta 15 wanita yang merupakan pengunjung premis berkenaan.

“Kesemua yang ditahan berusia di antara 20 hingga 30 tahun dan ketika serbuan dilakukan ada antara mereka cuba meloloskan diri melalui laluan tersembunyi namun gagal.

“Kita juga turut merampas beberapa barangan antaranya mikrofon, resit perniagaan serta wang tunai,” ujarnya.

Rohazah berkata, kes disiasat di bawah Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 2003 dan Akta Imigresen 1959. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN