300 sertai gotong-royong cegah denggi di USJ 2 - Utusan Malaysia

300 sertai gotong-royong cegah denggi di USJ 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Seramai 300 peserta mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di seluruh kawasan USJ 2 pada Sabtu lalu.

Program yang bermula di Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield USJ 2/5, Subang Jaya bermula dari pukul 7.45 pagi itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid dalam kenyataannya berkata, program itu melibatkan peserta dalam kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Ahli Majlis serta Ahli Jawatankuasa Penduduk MPSJ Zon 4.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield USJ 2, Sekolah Kebangsaan USJ 2, warga Masjid Al-Mukminun USJ 2, penduduk sekitar USJ 2 serta kakitangan MPSJ turut tidak ketinggalan dalam aktiviti ini.

“Program diisi dengan pelbagai aktiviti seperti sesi taklimat mengenai pencegahan wabak denggi, pemeriksaan tempat pembiakan nyamuk, ‘larvaciding’ serta semburan ‘fogging’,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Azfarizal berkata, sebanyak 1,469 premis diperiksa oleh MPSJ yang mana hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat lokasi pembiakan nyamuk aedes ditemui di dua buah rumah berasingan.

“Sehubungan itu, MPSJ telah mengeluarkan notis kepada pemilik premis kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8, Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) atas kesalahan terdapat tempat berpotensi untuk pembiakan Aedes,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini