KUALA LUMPUR 17 Mac- Kira-kira 30 rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Air, Sandakan, Sabah pagi tadi. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Zon Sandakan, Anddre Andrew berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.28 pagi dan bergegas ke tempat kejadian. “Kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa. Bagaimanapun, terdapat seorang mangsa lelaki cedera melecur di bahagian tangan. “Mangsa menerima rawatan awal daripada pasukan Perkhidmatan Penyelamatan…










