30 bomba padamkan kebakaran hutan sejak Ahad - Utusan Malaysia

30 bomba padamkan kebakaran hutan sejak Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 20 Mac – Kebakaran hutan seluas kira-kira 16.5 hektar sejak Ahad lalu menyebabkan sebanyak 30 anggota bomba dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri ini terpaksa bertungkus-lumus bertugas lebih 96 jam tanpa henti.

Kejadian berlaku di Kampung Pengkalan Badak-Kampung Bisut Licin di sini melibatkan kebakaran pokok jenis gelam sejak Ahad lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Zaidi Safuan berkata, kebakaran itu pada mulanya hanya melibatkan keluasan kira-kira lima hektar sebelum ia merebak ke kawasan berdekatan berikutan cuaca panas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota yang terlibat masing-masing dari BBP Bukit Katil, Ayer Keroh, Jalan Kubu dan Merlimau diketuai Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba negeri, Zulkifli Nordin dikerahkan ke lokasi kebakaran.

“Keadaan cuaca yang panas terik dan berangin antara faktor yang menyebabkan kebakaran itu merebak,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran hari ini.

Menurut Ahmad Zaidi, anggota yang bertugas ditempatkan 24 jam di lokasi kebakaran bagi mengawal api daripada terus merebak.

Katanya, kerja-kerja pemadaman juga mengambil masa kerana sumber air yang terhad dan pihaknya terpaksa menggunakan pam yang disambung kira-kira 305 meter dari sungai berdekatan.

“Kita jangkakan kebakaran ini dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh dua hari lagi. Kawasan ini tidak pernah berlaku kebakaran dan puncanya masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini