MEXICO CITY 12 Mac – Pihak berkuasa Mexico mengesyaki seramai 22 penumpang bas yang diculik oleh lelaki bersenjata di utara negara pada minggu lalu adalah pendatang.
Agensi berita Reuters melaporkan, penculik bersenjata yang meintas bas tersebut di negeri timur laut Tamaulipas pada Khamis lalu tidak mencederakan penumpang lain.
Jurucakap Keselamatan Negara, Luis Alberto Rodriguez berkata, pihak berkuasa Mexico tidak dihubungi oleh mana-mana ahli keluarga masa yang diculik menunjukkan mereka adalah pendatang.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tidak ada aduan, tiada waris yang membuat laporan tentang kehilangan ahli keluarga,” katanya di sini hari ini.
Rodriguez memberitahu, seramai 22 orang dilaporkan hulang selepas siasatan dijalankan. -AGENSI











