BERBAKAT. Seramai 20 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pesisiran Perdana di Tanjung Agas, Tangkak, Johor menyertai Kelab Dikir Barat sekolah tersebut. Jurulatih kelab, Wan Nasuha W. Hanafi berkata, pasukan dikir barat itu ditubuhkan antara lainnya untuk memberi pendedahan kepada ahli dan pelajar melebarkan sayap seni warisan pantai timur tersebut. “Selain itu, seni budaya warisan ini juga dijadikan medium perantara untuk menyampaikan motivasi kepada pelajar melalui nyanyian yang berunsurkan semangat…