2 bekas pegawai Goldman Sachs diharam industri perbankan AS - Utusan Malaysia

2 bekas pegawai Goldman Sachs diharam industri perbankan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Dua bekas pegawai Goldman Sachs Group Inc. dari industri perbankan diharamkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) atas penglibatan mereka dalam skandal pengubahan wang haram berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Reuters melaporkan, Rizab Persekutuan berkata, Tim Leissner dan Roger Ng diharamkan kerana pembabitan mereka dalam rancangan yang mengalihkan berbilion dolar daripada syarikat pelaburan Malaysia secara tidak sah.

Perintah penyelesaian yang dikeluarkan badan itu sebelum ini, Leissner – bekas pengerusi Goldman Sachs di Asia Tenggara dan individu utama dalam tiga penjualan bon 1MDB – tidak mengaku atau menafikan dakwaan tersebut tetapi setuju membayar denda berjumlah AS$1.42 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peguam Leissner enggan mengulas kepada Reuters berkenaan pengharaman itu, manakala peguam Ng setakat ini gagal dihubungi.

“Dengan mengambil kira dakwaan Jabatan Kehakiman AS, perkembangan ini tidak mengejutkan,” kata jurucakap Goldman Sachs Michael Duvally seperti dipetik laporan Malaysiakini di sini hari ini. 

Leissner sebelum ini mengaku bersalah terhadap dua tuduhan  konspirasi mengubah wang haram dan berkonspirasi dengan warga negara asing untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing Amerika Syarikat berhubung dengan skandal 1MDB.

Pada Februari lalu, Ng yang ditahan di Malaysia sejak 1 November lalu  bersetuju untuk diekstradisi ke AS dan mungkin akan mengaku tidak bersalah.

Pada Januari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs, David Solomon memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung penahanan bekas pegawai bank itu, Tim Leissner dalam skandal 1MDB.

Bagaimanapun pihaknya menegaskan telah melakukan urusan sewajarnya (due diligence) sebelum setiap transaksi.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini