19 penagih dadah ditahan - Utusan Malaysia

19 penagih dadah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR 16 Mac – Polis menahan seramai 19 lelaki disyaki penagih dadah dalam satu operasi di sekitar kawasan ini bermula pukul 4 petang semalam sehingga pukul 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut merampas bahan disyaki dadah jenis heroin 2.4 gram, syabu (1.1 gram) dan air ketum (250 gram) daripada 17 penagih yang ditangkap.

“Tangkapan dan rampasan barang kes dbawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) SPU untuk tindakan lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 45 tahun juga didapati positif dadah dan akan direman untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, kes-kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki dadah berbahaya dan memiliki air ketum.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini