KUANTAN 19 Mac – Hanya berbekalkan modus operandi tawaran pakej umrah rendah, pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan sedemikian dilihat tidak serik menipu orang ramai dan sanggup menggunakan agama untuk mengaut keuntungan. Dalam kes di Temerloh dekat sini, 19 individu kerugian RM41,800 dipercayai ditipu sebuah syarikat pelancongan yang meminta mangsa membayar serendah RM2,200 untuk mengerjakan umrah manakala selebihnya ditaja seorang individu bergelar ‘Datuk’. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 21 November tahun lalu, mangsa ditawarkan menunaikan umrah oleh seorang wanita dari sebuah syarikat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya