JAKARTA 10 Mac – Sekurang-kurangnya 17 penumpang cedera selepas Kereta api Elektrik (KRL) Jatinegara-Bogor tergelincir daripada landasan di Kebon Pedes, Kota Bogor, Jawa Barat, hari ini.
Naib Presiden Komunikasi, Komuter Indonesia (KCI), Eva Viceunisa dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari ini, waktu tempatan ketika kenderaan itu melepasi stesen Cilebut dan sedang menghala ke stesen Bogor.
Lapor Tribun Kaltim, bagaimanapun katanya, kesemua penumpang berjaya dikeluarkan daripada kereta api itu. -AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











