TEMERLOH 16 Mac – Sebanyak 16 buah gerai makan di Bukit Angin di sini terlibat dalam kejadian kebakaran pagi ini. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah, Hashnuddin Hussin berkata, kejadian pada pukul 6 pagi itu menyebabkan kesemua 16 kedai makan mengalami kerosakan kira-kira 60 peratus. “Pasukan bomba dan penyelamat berjaya mengawal api dalam tempoh 30 minit. “Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti…










