KUALA LUMPUR 18 Mac – Seramai 13 individu dengan 12 daripadanya warganegara Filipina yang ditahan kerana terlibat dengan aktiviti keganasan, sudah bersembunyi di Sabah lebih dari setahun. Menurut sumber, mereka bukan sahaja bersembunyi untuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa Filipina, tetapi turut berperanan menyampaikan maklumat terhadap ahli kumpulan bagi melakukan penculikan. “Kebanyakan yang ditahan berperanan pemberi maklumat terhadap ahli kumpulan lain untuk melakukan kegiatan penculikan untuk tebusan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, empat daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya