11 individu ditahan dalam operasi cegah jenayah - Utusan Malaysia

11 individu ditahan dalam operasi cegah jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 24 Mac – Polis menahan 11 individu termasuk tiga wanita dalam operasi cegah jenayah dijalankan di tujuh lokasi berasingan sekitar bandar raya ini semalam.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kesemua individu terbabit adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur dalam lingkungan 14 hingga 70 tahun dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.


“Tumpuan lokasi operasi dijalankan adalah kawasan sekitar Kota Kinabalu bagi membendung kadar pertumbuhan pendatang tanpa izin yang boleh mengundang kepada kegiatan jenayah di bandar raya ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…


Habibi berkata, operasi berlangsung selama lapan jam berakhir pada pukul 12.15 tengah malam tadi turut dibantu agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.


Sementara itu, dalam operasi berasingan, Habibi berkata sebanyak lapan lelaki ditahan dalam Op Sarang di dua lokasi berasingan di Manggatal, dekat sini semalam.


Menurutnya, kesemua mereka berumur 15 hingga 48 tahun itu adalah sebahagian daripada 25 individu diperiksa dalam operasi khas di Kampung Labou dan Kampung Lok Buno di Manggatal dari pukul 1 tengah hari hingga pukul 8.30 malam.

“Empat lelaki ditahan itu akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, dua lelaki disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952, manakala dua lagi individu disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.


Tambahnya, pihaknya turut merampas dadah jenis syabu seberat 0.2 gram dianggarkan bernilai RM30. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini