MOGADISHU 23 Mac – Seramai 11 orang cedera dalam serangan bersenjata ke dalam kementerian kerajaan bersama letupan di sini, hari ini.
Menurut Komander Keselamatan, Ahmed Adan, kumpulan Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan.
Katanya, ia bermula dengan dua letupan berdekatan Kementerian Kerja Awam dan Buruh sebelum beberapa orang bersenjata memasuki bangunan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pasukan keselamatan telah menyelamatkan banyak kakitangan dalam bangunan itu dan kini masih bertempur dengan beberapa orang bersenjata,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Perkhidmatan Ambulans Aamin, Abdukadir Abdirahman Adan berkata, setakat ini seramai 11 orang yang cedera telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.











