100 terima khidmat kesihatan percuma di Kemensah - Utusan Malaysia

100 terima khidmat kesihatan percuma di Kemensah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac – Sebanyak 100 penduduk menerima pelbagai manfaat melalui Program Khidmat Kesihatan Percuma yang berlangsung di Dewan Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kemensah dekat sini, hari ini.

Program itu anjuran Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kemensah.

Penghulu Mukim Hulu Klang, Mohd Fazli Abdul Latif berkata, kehadiran penduduk adalah untuk memeriksa kesihatan masing-masing termasuk berkaitan mata, kencing manis, lutut, tekanan darah tinggi, khidmat nasihat cara pemakanan dan lain-lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerjasama diberikan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Gombak bagi menjayakan program begini amat baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini