SANAA 9 Mac – Hampir 100 penduduk awam terbunuh atau cedera setiap minggu di Yemen pada tahun lalu dengan kanak-kanak merupakan antara golongan paling banyak menjadi mangsa. Al-Jazeera yang memetik data daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) melaporkan bahawa lebih 4,800 kematian serta kecederaan melibatkan penduduk awam direkodkan pada tahun lalu. Golongan kanak-kanak mencatatkan sebanyak 410 kematian dan 542 kecederaan. Data itu juga mendedahkan sebanyak 48 peratus kematian direkodkan…










