10 pati dicekup dalam feri penumpang - Utusan Malaysia

10 pati dicekup dalam feri penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Taktik licik 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan perkhidmatan feri penumpang untuk ke Pulau Ketam gagal mengaburi pihak berkuasa apabila kesemua mereka dicekup Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Kesemua lelaki warga Indonesia berusia 21 hingga 35 tahun itu ditahan ketika menaiki sebuah feri penumpang tempatan pada pukul 12.35 tengah hari pada kedudukan 0.1 batu nautika dari pulau berkenaan.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya mengesan feri yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam itu ketika pihaknya melakukan rondaan sekitar kawasan perairan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota kita kemudian bertindak menahan feri berkenaan dan hasil pemeriksaan kemudian mendapati seramai 10 penumpang warga asing telah melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Tujuh daripada mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, manakala tiga lagi dokumen telah tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan itu kemudiannya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM), Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini