AHMADABAD 14 Mac – Polis India menahan 10 penuntut universiti kerana bermain permainan tembak-menembak di telefon pintar, Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG). Kesemua penuntut tersebut ditahan semalam di barat Gujarat selepas pihak berkuasa tempatan menguat kuasa larangan kepada permainan PUBG pada minggu lalu. Larangan itu dibuat kerana bimbang kesan terhadap kelakuan, tingkah laku dan bahasa kepada pemain permainan tersebut. Mahasiswa tersebut dibebaskan dengan jaminan pada hari sama. -AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya