Zuraida ulangi nafi sertai Bersatu - Utusan Malaysia

Zuraida ulangi nafi sertai Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini mengulangi penafian akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Tegas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu tidak ada sebab untuk beliau melompat ke Bersatu memandangkan parti tersebut dan PKR adalah parti komponen Pakatan Harapan (PH).

“Saya ingat sebab banyak lompat ke parti Bersatu, sampai (mereka) cakap saya pun masuk Bersatu. Tidak ada, ketika ini tidak ada, kita sama-sama dalam PH,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perayaan Penjagaan Kesihatan Keluarga di Plaza Sentosa, di sini.

Zuraida berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus mengatakan beliau dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan lompat parti dan menyertai Bersatu.

Dalam perkembangan lain, Zuraida yakin PH dapat mempertahanan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih meskipun pilihan raya kecil (PRK) kerusi itu menyaksikan pertandingan empat penjuru. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN