BAITULMUQADDIS 4 Feb. – Biarpun ditentang masyarakat antarabangsa malah diisytiharkan sebagai ‘haram’ oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), rejim Zionis seakan-akan ‘memekakkan telinga’ apabila berterusan dengan tindakan memulakan fasa baharu pembinaan tembok pemisah di Semenanjung Gaza. Portal berita al-Jazeera melaporkan, perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi menghalang warga Palestin menyusup masuk dari Gaza. Menurutnya, usaha mengukuhkan tembok berkenaan memasuki fasa baharu dengan kerja-kerja binaan pemisah gergasi giat…










