SEMENYIH – Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Sesapan Kelubi, Zakaria Hanafi, 58, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang bakal berlangsung pada 2 Mac ini.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Zakaria dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh barisan kepimpinan parti antaranya calon mestilah penduduk tempatan dan mesra rakyat.
“Kita telah menerima enam pencalonan daripada UMNO bahagian. Semuanya baik-baik tetapi sudah tentulah kita pilih yang paling baik.
“Kita harap Zakaria dapat membawa suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri (sekiranya menang),” katanya pada majlis pengumuman calon BN bagi PRK DUN Semenyih di pekarangan Pusat Gerakan BN, Plaza Dato’ Mohd. Said di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











