TUMPAT 28 Feb. – Yayasan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) membina lima buah pondok kediaman bernilai RM30,000 untuk pelajar yang menuntut di Pondok Meheliah di Geting, dekat sini hari ini. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Korporat PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Abdul Rahman berkata, fasiliti tambahan itu bertujuan menggantikan struktur kayu sebelum ini yang dikhuatiri tidak selamat untuk dihuni. Katanya, sumbangan itu adalah sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR)…