Yayasan Angkasa peruntuk RM12.6 juta untuk pinjaman pelajar - Utusan Malaysia

Yayasan Angkasa peruntuk RM12.6 juta untuk pinjaman pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELANA JAYA – Yayasan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) memperuntukkan sebanyak RM12.6 juta bagi membiayai pinjaman pendidikan kira-kira 1,000 pelajar sejak tahun 2000 hingga 2008.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, yayasan pendidikan itu bertanggungjawab menyediakan kemudahan boleh ubah kepada biasiswa buat ahli koperasi dan anak-anak mereka melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi dalam negara.

“Pinjaman pendidikan itu merangkumi pembiayaan bagi melanjutkan pengajian secara sepenuh masa, separuh masa selain pengajian jarak jauh (PJJ) sama ada di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD).

“Kami juga akan menukarkan pinjaman pelajar kepada biasiswa sekiranya mereka mendapat keputusan cemerlang sebagai langkah memberi motivasi untuk terus mencapai gred terbaik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Dokumen Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Yayasan Angkasa, Mutadho Bahri, Naib Presiden Angkasa, Dr. Mohd. Azlan Yahya dan Ahli Lembaga Yayasan Angkasa, Datuk Md. Yusof. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×