KUALA TERENGGANU 9 Feb. – Status Facebook mengenai kematian yang dimuat naik seorang pemancing yang dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan empat sekeluarga di muara Sungai Terengganu di Pulau Warisan malam tadi, mendapat perhatian netizen.

Status yang dimuat naik Abdul Bari Asyraf Mohd., 31, pada 14 November 2018 itu adalah :
“Yang aku takut jika ajal yang tibe dulu.”
Status berkenaan mengundang simpati orang ramai dan kebanyakan netizen mendoakan supaya usaha mencari dan menyelamatkan pemuda berasal dari Kampung Panji itu dipermudahkan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, Abdul Bari Asyraf dikatakan sedang memancing bersama rakannya sebelum dikejutkan dengan insiden kereta pacuan empat roda yang terjunam dinaiki empat sekeluarga berkenaan.
Selain Abdul Bari Asyraf, empat lagi orang awam yang berada di lokasi kejadian turut membantu menyelamatkan kesemua mangsa. – UTUSAN ONLINE










