KUALA LUMPUR 2 Feb. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak supaya diwujudkan akta bagi membendung perbuatan menghina raja-raja Melayu yang dinamakan Akta Menghina Islam dan Raja-raja Melayu. Akta tersebut dicadangkan selepas melihat kepada senario semasa apabila wujud golongan tidak takut menghina Yang di-Pertuan Agong secara terbuka dalam platform media sosial seperti dilakukan pemilik akaun Desmond Yongkor. Menurut Ketua Penerangan Perkasa, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, dua bahagian paling utama…










