Welson tewaskan juara Olimpik buat kali kedua - Utusan Malaysia

Welson tewaskan juara Olimpik buat kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Feb.- Perenang sensasi negara, Welson Sim berjaya meraih pingat emas pada Kejohanan Renang Terbuka Victoria, yang berlangsung di Melbourne Australia.

WELSON Sim (tengah) berjaya merangkul emas kedua di Kejohanan Renang Terbuka Victoria.

Perenang berusia 21 tahun itu, berjaya melakukan kejutan besar dengan menewaskan juara Olimpik Rio 2016, Mack Horton buat kali kedua.

Menerusi akaun Twitter Team Malaysia, Welson merangkul pingat emas bagi acara 200 meter gaya bebas lelaki menewaskan Horton.

Ini merupakan emas kedua buat Welson selepas berjaya meraih emas dalam acara 400m gaya bebas lelaki dengan catatan masa 3 minit 54.77 saat menewaskan Horton yang sekadar melakukan catatan masa 3:55.43. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN