Wawrinka kejutkan pilihan utama, Nishikori. - Utusan Malaysia

Wawrinka kejutkan pilihan utama, Nishikori.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROTTERDAM 17 Feb. – Juara tiga kali Grand Slam Stan Wawrinka mara ke final Terbuka Rotterdam buat kali kedua selepas menumbangkan pilihan pertama Kei Nishikori 6-2, 4-6, 6-4.

Juara Switzerland 2015 itu hanya memerlukan hampir dua jam 45 minit untuk menumbangkan bintang Jepun tersebut, yang pertama kali menyertai pertandingan di Belanda.

Wawrinka akan memburu kejuaraan pertamanya selepas kali terakhir merangkul gelaran Geneva pada Mei 2017 menentang rakan baik Gael Monfils dari Perancis pada saingan akhir, esok.

Monfils mara ke pentas akhir selepas menumbangkan wakil Rusia 4-6, 6-3, 6-4.

“Ia satu kelegaan untuk mara ke final sejak pulih daripada pembedahan. Ia sangat penting untuk melihat sama ada saya mampu beraksi dalam tempoh seminggu perlawanan.

“Saya rasa fizikal saya dalam keadaan baik. Saya gembira dalam masuk peringkat akhir dan mampu melaksanakannya dalam pertandingan ini,” kata Wawrinka.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN