ROTTERDAM 17 Feb. – Juara tiga kali Grand Slam Stan Wawrinka mara ke final Terbuka Rotterdam buat kali kedua selepas menumbangkan pilihan pertama Kei Nishikori 6-2, 4-6, 6-4. Juara Switzerland 2015 itu hanya memerlukan hampir dua jam 45 minit untuk menumbangkan bintang Jepun tersebut, yang pertama kali menyertai pertandingan di Belanda. Wawrinka akan memburu kejuaraan pertamanya selepas kali terakhir merangkul gelaran Geneva pada Mei 2017 menentang rakan baik Gael Monfils…










